topbella

Wednesday, May 5, 2010

...SI ANAK PEMULIHAN...



sudah hampir 2 tahun aku berkecimpung dalam dunia pendidikan khususnya dalam bidang PEMULIHAN. namun thun ni baru aku tahu apa yang dikatakan PEMULIHAN sebenarnya. bidang ini merupakan satu bidang yang amat mencabar untuk seseorang guru memikulnya. mendidik murid untuk jadi terdidik bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. tanggungjawab ini memerlukan pengorbanan yang besar dan tahap kesabaran yang tinggi. kanak-kanak pemulihan sering di pandang serong malah guru-guru yang mengajar subjek ini juga sering disalah tafsirkan.


murid-murid PEMULIHAN tidak meminta untuk dilahirkan sedemikian rupa. bukan salah mereka untuk wujud dalam keadaan yang begitu. oleh itu, ibubapa, guru-guru dan juga masyarakat sekeliling perlu sedar akan kehadiran mereka dalam masyarakat kita dan menerima kelemahan yang mereka ada dengan sebaiknya. pelbagai faktor yang mendorong kepada permasalahan ini. terdapat beberapa ciri yang boleh kita kenalpasti yang biasa dialami oleh murid-murid pemulihan, antaranya ialah:

1. emosi & t/laku

- terlalu rendah diri, risau, takut, sedih, cepat bosan dengan pelajaran, malas & pasif.

2. sosial

- tidak duduk diam, gelisah, suka ganggu kawan, pendiam, suka ganggu kawan & selalu tidk hadir ke sekolah.

3. kesihatan

- badan nampak lemah, masalah penglihatan, lemah pergerakan lokomotor & tidk mmntingkan kebersihan diri.

4. kesediaan belajar

- tidak bersedia utk belajar, kurang perbendaharaan kata, kurang pemahaman, kurang matang & IQ rendah.

5. pengamatan

- tidak knl bentuk, saiz, warna, turutan, keliru dengan arah, tidak boleh mengingat kembali, lemah pergerakan & tidk kreatif.


0 comments:

Post a Comment

aku dan hidupku

My Photo
ina
kota kinabalu, sabah, Malaysia
aku seorang anak kepada kedua orang tuaku.. seorang kakak kepada seorang adik dan seorang pelajar yang punya cita-cita untuk dikejar...
View my complete profile