topbella

Saturday, May 15, 2010

...HARI GURU...

besok 16 MEI... hari guru datang lagi
we are the LUASONG group (bakal guru-guru pemulihan)
setiap tahun pasti ada sahaja insan2 yang menanti hari kerayaan mereka... hari ibu, hari bapa, hari kekasih, hari jururawat sedunia dan yang bakal tiba hari guru...
setiap insan ini bertindak dan bertugas untuk mencapai matlamat yang diinginkan oleh institusi mereka... ibubapa berkhidmat dalam membimbing anak-anak mereka, jururawat sentiasa tabah dalam menghadapi karenah para pesakitnya dan GURU????
sentiasa berbakti dengan institusinya untuk mendidik anak-anak kita iaitu PERMATA negara....
siapalah DOKTOR tanpa GURU...
tidak akan lahir seorang MENTERI tanpa jasa baik daripada GURU...
kita hari ini tidak akan lahir tanpa ehsan yang diberikan oleh insan yang bergelar GURU...
oleh itu, pengorbanan yang mereka pamerkan ini perlu dihargai dan dirayai...
walaupun bukan itu yang mereka inginkan....
jika dinilai dan difikir kembali, jasa guru ini tidak dapat digambarkan kemuliaannya dengan apa sekalipun...
guru rela membanting tenaga, mengorbankan masa dan wang ringgit untuk kejayaan anak-anak...
bila aku kenang kembali zaman sekolahku, aku terbayang setiap gerak langkah dan tutur bicara guru-guruku...
hehehehe
rasa da terlalu lama meninggalkan alam persekolahan...
mereka banyak mengajarku erti perjuangan tanpa rasa putus asa...
mereka mendidikku sehingga aku mampu berada ditapak ini hari ini...
dan kini, aku juga bakal memegang gelaran mereka...
aku juga bakal bergelar seorang guru....
dan aku terfikir...
adakah aku mampu untuk menjadi sebaik guru-guruku ataupun sebaliknya...
ya Allah bimbinglah aku untuk memantapkan diri ini...
aku tahu, perjuangan seorang guru ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan...
kerana itu...
kerjaya guru adalah kerjaya yang MULIA...
SELAMAT HARI GURU SEMUA...

...BUBUR AYAM...

bubur ayam hasil kitaorang
krew2 yg masak bubur
hari khamis yang lepas (13 Mei), klas kami dtugaskan ntuk mnyediakan makanan untuk jemaah pas solat isya'... kami kena suruh masak bubur ayam... untuk ke-2 kali klau kami msak bbur ni...hehehehe
brapa kali kami bertugas sediakan makanan, ada ja benda x menjadi... terlebih la, kurang la n macam2 la...
kali ni aku diminta ntuk cari resepi... hehehe... nasib la aku ingat resepi mak aku...
antara bahan-bahannya ialah beras (semestinya), ayam,** pati ayam, halia, bawang merah & putih... (**sebagai penaik rasa & pewangi)
jam 4 seperti yang telah dijanjikan, kami pun pergilah ke surau selepas aktiviti latihan kebakaran... penat sungguh... jadual penuh terus 1 hari... ni la... aktiviti suma last minit...
siap2kan suma bahan2 dkat jam 5 lbh bru kami mula start masak...
wah, byk jugaah dugaannya... xda kpala gas la... x da tong gas la... cian kami... nak harapkan lelaki, suma x nak tolong... huhu
terpaksalah menggunakan kudrat kami sebagai perempuan..huhuuhuhu
cian sungguh kaum hawa ni... tp kalau fikir balik, sampai bila kita nak bergantung dengan kaum lelaki kan...hehehe
but, hakikatnya perempuan tetap tidak boleh dipisahkan daripada lelaki...
waa... jauh udah ku melalut...
bila suma kelengkapan da ada, kami pun mula masak... memandangkan masa da x cukup... yalah nak masak bubur ntuk jumlah yang banyak bukan sekejap... nak sentiasa dikacau n tgk2 airnya...hehehe
penat gak la menunggu... dlam masa menunggu bubur 2 masak, beberapa orang kawan aku ni main kejar2... hahahaha
lucu gak... nasib x da lelaki...
huh... tunggu punya tunggu jam 6.30 baru bubur tu masak...
akhirnya siap juga bubur ni...
pas2 kami balik p siapkan dri ntuk aktiviti malamnya...
apapun, kami semua berpuas hati la bab bubur ayam LUASONG mendapat pujian dan habis dimakan...hehehe
thanks to all ma frens...

Thursday, May 6, 2010

...BECOMING MOTHER'S DAY...


HAPPY MOTHER'S DAY MOM... REALLY LOVE U...

...TUNANG DAN HUKUM MEMUTUSKANNYA...



cerita ani udah lama kan ku tulis dalam blog ani... tp nda b'ulah sja kan membuatnya... sal crta kazenku, aku jdi tertarik mau crita dlm blog ni... kazenku btunang dlm hjg thun lpas... nak djdikn crita, dorg ni mmg da lma knal..cma bru ja luahkn prasn pas dorg da hbs blajar... llaki ni tua 3 tau 4 thun dri kazen aku... lpas 1 mggu kapel, si llaki ni hntr kuarganya p mmnang kazen aku.. n kuarga kazen aku pun trima n spakat mau tunangkan dorg... suma kuarga gembira, yalah benda baikkan... tp dlm rmai2 org gembira 2, aku adalah org y pling mmbnth... yalah, bru smggu knal da nak tung..
hari pertunangan...
hri yg dnant pun tba... smpailah trikh yg mreka rncgkn, 26 december klau aku x slap... persiapan dibuat n mcm2 la...hehehe... ptg 2, sah la kazen aku ni jd tunangan org...huhuhu...sdh gak la... then lpas suma jmputn balik, kmi sruh la kak ana (kazenku) ajak tunang dia p rmah...sja nak knal2... huhuhu... kmi suma plik bila llaki 2 x nak dtg umah...wah... blm khwin da malu2... cmna 2...1 persoalan bermain...???!!!!! (amal always bgini)...hehehehe
hbs ngan cita dorg tunang... bbrapa bln pas 2, tmbul pla cita nak ptus tunang... HAH????!!!!! PUTUS TUNANG????!!!!!
aku y slalu bt ksimpulan sendiri akhirnya bersuara...hahahaha..pdhal x ptut2 pun nak ambil bhgian dlm pbncngan org tua..hehehe....tp cma mnyuarakan kat mama la... then brulah mama terfikir, yakan... mungkin jga...kata mama pas aku kata apa y aku fikir...
(crita ni bukan nak malukan kazen aku)

satu hari, aku terfikir apa hukumnya klau ptuskan tunang??? dan x smena2 aku terbca sal hkum ptuskan tunang dlm islam... sgt mngejutkan...
ni adalah bbrapa pendpt yg aku dpt sal masalah ptus tunang ni:
1. pertunangan adalah WAJIB untuk dilaksanakan (pendapat segelintir ulama). antaranya Hassan al- Basri, Umar bin Abd Aziz, Imam Bukhari & Imam Ibnu Hajar.
firman Allah dlm surah Maryam:54 yang bermaksud-
"dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail ( yang tersebut) di dalam Al-quran. sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi."
manakala firman Allah dalam surah as-Saff dalam ayat ke-2 dan ke-3 yang bermaksud:
"wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu tidak mengerjakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sesungguhnya Allah suka orang yang berperang dijalannya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
2. pertunangan tidak mulzim dalam syariat islam. slah satu pihak berhak untuk memutuskan ikatan yang telah dibina. hal ini disokong oleh 3 mazhab iaitu Imam Syafie, Imam Hambali dan juga Imam Maliki. menurut mereka, perihal memutuskan pertunangan adalah makruh.
3. makruh untuk memutuskan tali pertunangan jika tidak mempunyai alasan yang kukuh dan jelas.
** keterangan ini sedikit sebanyak menyedarkan aku tentang hukum memutuskan tali pertunangan. apa yang penting kita harus menjaga ikatan ini demi untuk menjaga maruah kedua-dua keluarga.
semoga hubungan kazenku dan tunangnya berkekalan...amin~~

Wednesday, May 5, 2010

...SI ANAK PEMULIHAN...



sudah hampir 2 tahun aku berkecimpung dalam dunia pendidikan khususnya dalam bidang PEMULIHAN. namun thun ni baru aku tahu apa yang dikatakan PEMULIHAN sebenarnya. bidang ini merupakan satu bidang yang amat mencabar untuk seseorang guru memikulnya. mendidik murid untuk jadi terdidik bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. tanggungjawab ini memerlukan pengorbanan yang besar dan tahap kesabaran yang tinggi. kanak-kanak pemulihan sering di pandang serong malah guru-guru yang mengajar subjek ini juga sering disalah tafsirkan.


murid-murid PEMULIHAN tidak meminta untuk dilahirkan sedemikian rupa. bukan salah mereka untuk wujud dalam keadaan yang begitu. oleh itu, ibubapa, guru-guru dan juga masyarakat sekeliling perlu sedar akan kehadiran mereka dalam masyarakat kita dan menerima kelemahan yang mereka ada dengan sebaiknya. pelbagai faktor yang mendorong kepada permasalahan ini. terdapat beberapa ciri yang boleh kita kenalpasti yang biasa dialami oleh murid-murid pemulihan, antaranya ialah:

1. emosi & t/laku

- terlalu rendah diri, risau, takut, sedih, cepat bosan dengan pelajaran, malas & pasif.

2. sosial

- tidak duduk diam, gelisah, suka ganggu kawan, pendiam, suka ganggu kawan & selalu tidk hadir ke sekolah.

3. kesihatan

- badan nampak lemah, masalah penglihatan, lemah pergerakan lokomotor & tidk mmntingkan kebersihan diri.

4. kesediaan belajar

- tidak bersedia utk belajar, kurang perbendaharaan kata, kurang pemahaman, kurang matang & IQ rendah.

5. pengamatan

- tidak knl bentuk, saiz, warna, turutan, keliru dengan arah, tidak boleh mengingat kembali, lemah pergerakan & tidk kreatif.


aku dan hidupku

My Photo
ina
kota kinabalu, sabah, Malaysia
aku seorang anak kepada kedua orang tuaku.. seorang kakak kepada seorang adik dan seorang pelajar yang punya cita-cita untuk dikejar...
View my complete profile