topbella

Sunday, April 17, 2011

...AWAK SAYANG SAYA TAK??...

pada suatu hari...

saya: mamak, berapa semua?

mamak: 4 ringgit 10 sen

saya: nah, 4 ringgit dan 2 biji gula-gula hacks

mamak: ayyo, mana boleh ini macam. mana ada orang bayar pakai gula-gula.

saya: habis semalam lu bagi balance 10 sen kat gua pakai gula-gula hacks, boleh pula.

saya blah... mamak tu pening kepala.

agak2 jika anda adalah mamak berkenaan dan situasi tersebut benar-benar berlaku terhadap anda, apa kemungkinan reaksi anda?

senarnya, cita ni xda kaitan pun dengan yang diatas.. mungkin si penulis saja ingin membuat para pembaca membuka minda sedikit...=D


~ YOU KNOW YOURSELF BETTER THAN OTHERS


pernah x dengar org kata "what u give, u get back". jika kita pernah menyakiti hati insan lain, jangan pula apabila suatu hari nanti, bila kita pula disakiti kita melenting, mengamuk dan marah-marah. seeloknya, apa yang terbaik harus kita lakukan adalah periksa diri sendiri, muhasabah diri dan imbas kembali, adakah mungkin dalam diri kita atau pada masa yang sudah, kita ada melakukan kesilapan sama ada kita sengaja ataupun tidak.


tambahan pula, Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. kiri kanan kita sentiasa ada dua malaikat yang setia mencatit dan di dalam akhirat kelak syurga dan pahala sedang menanti kita. mahu ke neraka atau ke syurga? tepuk dada, tanya iman.


~ SEMUA ORANG MAHU DIHORMATI DAN DIHARGAI


jika kita mahu dihormati dan dihargai, maka kita terebih dahulu hendaklah menghormati dan menghargai insan lain. begitu juga dengan keikhlasan, jika kita mahu sahabat kita ikhlas dengan kita, apa yang perlu kita lakukan adalah ikhlaskan diri kita terlebih dahulu.


ikhlas dalam bersahabat, ikhlas dalam bantu membantu, ikhlas dalam memberi dan ikhlas dalam mendengar dan meminjamkan bahu


~SAHABAT DATANG DAN PERGI


sahabat sejati tetap kekal sentiasa di hati. berjauhan tidak semestinya tidak diingati. tidak berhubung bertanya khabar tak bermakna dilupai, ada dalam tiada. tidak nampak tapi dapat merasa ketulusan seorang sahabat.


saya tidak takut sekiranya sahabat saya tidak menghubungi saya. kerana saya tahu saya adalah seorang sahabat yang tidak mudah untuk dilupai kerana saya bukanlah sahabat yang mudah melupai. indahnya ukhuwah kerana Allah,bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah. Insya Allah semoga perasaan ini akan sentiasa kekal dan berpanjangan.


oleh itu,


saya sangat menghargai dan menyayangi semuanya. jika saya ada melakukan kesilapan, mohon diperbetulkan. jika saya tersilap langkah, mohon ditunjukkan arah yang betul. kerana saya juga hanyalah insan biasa.


SAYA SAYANG SEMUA SAHABAT SAYA...


Saturday, April 16, 2011

...AIR MATAKU...

aku rasa da lama aku x menangis kot.. rasanya la...=D bila da sekali air mata tu kuar, aku rasa mcm nak kuar ja balik2... aish,susah betul nak kawal air mata sejak kebelakangan ni.. mudah sangat tersentuh..semalam, aku x tau kenapa aku boleh ingat kat dia.. dlm hati ada gak keinginan nak kontek dia, tapi x nak la.. hati berbelah bahagi.. so,nak elakkan perasaan tu, g ambil buku dan baca.. baca buku konon, padahal laptop ada kat dpan..wahaha.. sambil belek buku,sambil tgk laptop..tapi aku rasa mata 60% lebih tertumpu kepada skrin laptop..bukannya buku.. tiba2, aku perasan ada orang chat aku kat FB.. huh,berdebar gak.mcm x pernah chat pla kan..huhu.. bila buka, org yg chat aku tu adalah org yg aku ingt2...huhu..tersentuh gak hati.. trus nangis... aku rsa sgt2 truk.. napa aku blh nangis lagi.. aish... waktu tu aku rsa nak cptkan ja masa.. tp mana blehkan.. layan jalah dgn air mata yg mengalir..huh dan perasaan sdh itu berterusan sampai sekarang..huhu..ntah la..

Thursday, April 7, 2011

..SK Saliku..

Minggu lepas (31 Mac 2011), kami telah dikunjungi oleh murid-murid dari SK Saliku untuk Program Kecemerlangan dan Pemulihan UPSR. Program ini merupakan idea bekas pelatih IPG Kampus Keningau (cikgu Roszaidee). Program yang dilaksanakan ini merupakan salah satu langkah untuk pihak sekolah cuba mencapai target yang telah ditetapkan oleh JPN iaitu 50.1 peratus. Sebenarnya, saya x reti nak jelaskan dengan kata-kata.. tengok gambar ja ya..=D

Ketibaan guru dan murid-murid tahun 5 & 6 dari SK Saliku

Guru besar SK Saliku (En. Aping) disambut oleh Diana Ahmad

Antara suasana semasa ketibaan warga SK Saliku

Aktiviti perasmian- ketibaan Pengarah IPG Kampus Keningau

Penyerahan adik angkat- Seha menerima seorang adik angkat lelaki (Benlie)


Sepanjang 3 hari mereka bersama kami, banyak kenangan bersama telah kami lalui.. perasaan sedih melanda kami.. insya Allah, kami pula akan menyerang mereka di SK Saliku nanti.



Tuesday, April 5, 2011

..I'M LOOKING FOR A TEACHER..

i'm looking for a teacher

who is beautiful inside

honest with the students

giving them a sense of pride


i'm looking for a teacher

with a healthy self esteem

who clearly state the rules

and doesn't have to scream


i'm looking for a teacher

who creatively prepares

is to convey first priority

is to convey that she/he cares


i'm looking for a teacher

who is interested, not aloof

who threats her/him students with respects

even when they goof


i'm looking for a teacher

who knows how to laugh and smile

who enjoys what she/he's doing

and goes the extra mile


i'm looking for a teacher

who can believes all students can learn

who praises their efforts and talents

they give their best in return


i'm looking for a teacher

who communicates with parents well

gently and carefully selecting words

when there's a problem to tell


i'm looking for a teacher

who encourages children to have a dream

to work at solving problems

building their self esteem


there are some teacher out there

the kind i'm looking for

for their students' future success

they have opened up the door


ARE WE THE TEACHER THAT THIS STUDENT LOOKING FOR?

aku dan hidupku

My Photo
ina
kota kinabalu, sabah, Malaysia
aku seorang anak kepada kedua orang tuaku.. seorang kakak kepada seorang adik dan seorang pelajar yang punya cita-cita untuk dikejar...
View my complete profile