topbella

Wednesday, August 19, 2009

AKU

penatnya melayan perasaan..
huhuhu
x tau pa nak cakap..
sakit hati???
terasa dengan orang???
tau aku dah penat berlakon???
penat menyenangkan hati orang lain???
argghhhh
aku x tau...

lebih baik menjadi diri sendiri...
berubah kerana orang lain akan membawa padah...
kelak memakan diri...
hati akan punah, perasaan akan tercalar..
kepercayaan akan hilang..
semuanya akan berubah..

jangan pernah memahami diri aku..
jangan pernah bertanya kenapa aku begini..

maafkan aku..
kerana aku adalah aku...

Tuesday, August 18, 2009

FIRST TIME AKU SHUFFLE

Kisah semalam

ntah apa aku fikir tadi...

huhuhu

moody tul la hari ni...

mna MANGKUK, MANGKUK n MANGKUK...

tension tul..

sensitif aku ngan perkataan tu tau...

boleh2 manusia dsmakan ngan mangkuk...

ntah mangkuk apa la...

mangkuk hayun kali...

tapi, usai jua tu ah...

dari mangkuk tandas...

apa pun, aku benci ngan perkataan 'MANGKUK'....

huu...

jauh da aku melalut...

actually kan bercehita sal shuffle ni...

slalu aku kasi ktawa ja kwan2 aku shuffle...

nana la terutamanya...

hahahaha

shuffle ke belakang...

ngeee....

nak d jadikan cerita...

td kami ada BIG...

men2 ngan kucing, ktawa2 ngan c nana ngan nad...

skali hbs BIG, kuar la awl...

x nak berebut ngan org len...

hahahaha

problemnya, kat luar 2 ada air...

huh, becak...

kawan2 aku suma redah jak air 2...

aku ni temberang knon x nak lalu kat kawasan y berair...

melangkah dengan penuh bergaya....

teng, teng teng....

untuk pertama kalinya aku bershuffle (aku tergelincir)...

mula2 tu dpat lagi kwal, stabil blik...

skali aku shuffle lagi ntuk kali kedua...

dalam hati berdoa saja x jtuh...

alhamdulillah...

aku selamat...hehehehehehe

yang buat spoil ni kwan aku...

dari belakang, dia ckap dengan panik...

'amalllllllllllllll.....'

mengharap la kno dia p tlong, skali jlan terus...

hampeh betul la nad nie...

hehehehehe

sawan tul...

mrah ngan kwan ni....

hehehehehe

fuhhhh....

shuffle bkan men lagi...

klau kat dewan x palah...

ni kat surau..

astaghfirullah....

malu gak la bab ada orang yang nampak...

hahahaha

2 la psal...

terlalu yakin ngan diri kan...

nah...

rasa ko...

hehehehe

x pa, sbar, sabar...

ada hikmah di sebalik suma ni...

hehehehe

Monday, August 17, 2009

SIAPA KITA YA???!!

Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


RM 30!!!

BATUK AKU MAKIN TRUK PULA KEBELAKANGAN NI...
TD PAGI TEKAK AKU RASA PERIT SANGAT...
TENGOK KAT CERMIN TONSEL AKU BENGKAK...
ARRRRGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHH....
TENSION AKU DI AWAL PAGI...
X TAHU NAK BUAT APA...
AKU CAL MAMA AKU....

mama : napa ming??

aku gtau la kat mama aku tonsel aku bengkak...
pastu...

mama : bawa p hospital... jangan biarkan.. nant tambah teruk...
kumur2 ngan air garam...

aku dengar jak la suma... hehehehehe...
aku ikut la cakap mama aku...
huhuhu
ok la ckit...

tapi aku tetap buat keputusan nak g klinik gak...
bab batuk aku ni makin menjadi2....
huhuhu
bertemankan nana n nad...
kitaorang g la poliklinik...
ngeeeeeeeee...
lucu pla aku rasa...
tapi apa pun dr ni care...
ni la ubat2 y aku dapat..



ini panadol... mana2 klinik tau hspital mesti bagi punya...



ni ubat kerongkong... unik kan... empat segi... hehehehe



ni macam biasa... antibiotik...
malas aku nak habiskan...

ngan satu ubat g... ubat batuk...hehehehehe
hopefully pas ok la...
mlas da nak g hospital balik2...
n suma harga ubat ni RM30...
hehehhee
thanks nana n nad bab temankan aku

Friday, August 14, 2009

NEW ROOM...



hari aku rasa cam nak demam... huhu
mungkin sal aku pnat sgt kot kelmarin...
tapi aku bukan nak cita sal sakit..
aku nak cita sal benda hijau yang kat dalam gambar tu...
hahahaha
gara-gara nak gantung benda tu ja...
aku ngan roommate aku x psal2 g bersihkan bilik...
hahaha
semangat g tu...
lucu gak la bila fikir.. cam x msuk akal.. betul la kata org, xda keja nak cri keja... padahal assignment melambak x siap lgi...
roommate aku kata....
"mal, kita lap dlu la kipas ni...baru kita gantung..."
entah idea gila pa ntah yang datang dalam otak aku...
aku ajak roommate aku g ubah kedudukan katil kita orang...hahahaha
roommate aku ni pun... ok ja...
hahahahaha
jdi, kami pun bertukang la...
lap tingkap, mop latai, tolak2 almari ngan katil...
fuhhhhhhhh
penat gak dibuatnya... ni la jdinya slepas diubahsuai...



ingat pas da slesai ubah kedudukan katil suma, keja kitaorang da hbs... roommate aku pla cadang hias blik kitaorang...
apalagi, masing2 la buat hiasan....
hahahaha
aku p buat bunga....
kalau korang tgk betul2 kat gambar di atas, korang akan nmpak hasil tangan saya....
hahahaha


bintang2 kat jaring tingkap 2, suma roommate aku yang buat(nana yang selalu sebut asymelow)... hhahahahaha
cantik juga kan...
hhahaha
apapun...
aku ngan nana "mingkodot asymelow kong-kong" selesa ngan keadaan bilik kami skang... penat yang kami rasa berbaloi bab bilik kami da cantik....

Thursday, August 13, 2009

SALAHKAH DIA??

anak kecil adalah anugerah Allah yang sangat bernilai..
anak kecil juga adalah hiburan buat pasangan yang mendambakan kehadiran mereka..
mereka ditatang dengan penuh kasih sayang...
hinggakan kita sanggup berjaga malam memastikan tiada seekor nyamuk yang berani mendekatinya...
kasih sayang kita sepenuhnya tertumpu kepadanya...

mereka membesar dengan cepatnya...
hinggakan waktu persekolahan mereka begitu cepat kita rasakan berlalu...
semua kehendak dan kemahuan mereka kita turuti..
itulah sayang...
orang beranggapan kita terlalu memanjakan...
tapi....

suatu hari...
kita menerima khabar dari sekolah...
anak kita melakukan sesuatu perkara yang mampu mengguris perasaan...
kita tidak mampu menerimanya, lalu memarahi mereka..
hinggakan si anak tidak berdaya berhadapan dengan kita...

" ayah, maafkan anakmu ini...
adik telah memalukan dirimu...
adik tidak mengikuti apa yang ayah telah didik..
ayah,
izinkan anakmu ini menatap wajahmu untuk kali yang terakhir...
izinkan adik memeluk dirimu...
kerana...."

alangkah sedih hati apabila kita menerima kematian anak kita..
selama ini...
kita melihat dia membesar di depan mata...
kita dengar gelak tawanya...
senda guraunya...
senyumannya...
rajuknya..

kini...
semua itu kita tidak temui lagi...
laluan hidup yang lepas hanya tinggal kenangan...


Perlukah kita membuang anak kita kerana kesalahan yang mampu dipertimbangkan?? Hanya kerana kesalahan itu, kita kehilangan permata hati untuk selamanya. Kenapa tiada maaf lagi untuk dirinya???
Anak-anak hanya mempunyai keluarga dalam kamus hidup mereka.. Tanpa keluarga, hilanglah haluan mereka..

hayatilah isi surat seorang anak ini..

"ayah, hari ini adalah hari terakhir ayah melihat adik berbaju sekolah...
hari besok, adik tidak akan memakainya lagi...
mulai besok adik akan memakai pakaian serba putih...
UNTUK SELAMANYA"

surat ini ditulis oleh seorang hamba Allah yang telah kembali kerahmatullah...
keputusan ini di ambil kerana terlalu tertekan dan tidak mampu berdepan dengan ayahnya...
andai kita berada di pihak si ayah, apakah perasaan kita setelah membaca surat itu???


KUATKAN HATIKU

sem 3 ni lebih mencabar diriku..
banyak benda yang memerlukan aku mendidik diri agar menjadi lebih kuat...
setiap detik yang kulalui ku rasa seperti suatu penyeksaan..
di mana kekuatan yang ku ada selami ini???
aku telah kehilangannya...

selama 3 sem aku mencarinya...
tetapi aku tidak menemuinya...
YA ALLAH...
kenapa hambamu ini??
aku tidak mampu menhadapinya...
aku cuba mencarinya semula...
tetapi kurasa keadaan sekeliling langsung tidak membantuku...
ooohhhhh...
adakah ini adalah penamaat bagiku????

hari ini...
aku mula merasakan sesuatu yang boleh membuat hatiku tenang...
apa yang kuharapkan...
kini menunjukkan perubahan...
semoga berkat kesabaran ini...
mampu membawa mereka kembali dekat padaku...

kuatkanlah hati hambammu ini YA ALLAH...
aku ingin ketenangan itu sentiasa bersama diri ini...
kuatkanlah agar aku lebih tabah menghadapi hari-hari yang mendatang...
jadikanlah ini sebagai satu dugaan buatku...
aku sebagai hambamu menerima semua ketetapan-MU...

Wednesday, August 12, 2009

ERTI KEMAAFAN

  • kemaafan...
    terungkap segala kisah....
    penyusunan hidup mengalunkan warna kehidupan....
    membayangkan segala kemungkinan di kemudian hari...

    kata-kata keramat itu mengabungkan hati yang terlerai....
    menginsafi segala tindak tanduk dahulu....
    menyatukan ukhwah yang telah lama di bina....
    mengalami keharmonian masjid tersergam indah....

    embun pagi menitis satu demi satu...
    kesuburan alam menyaksikan segalanya....
    melayangkan hidup dalam pinta maaf..
    dan sujugd menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga..

    kehidupan terus melayang membatasi alam panorama luar bumi....
    menayangkan kehidupan khalifah yang penuh kesyahduaan.....
    menghidupkan satu demi satu kejujuran yang telah lama lenyap..
    membasahi diri dengan kejayaan,kerohanian dan dan persahaman yang bersulamkan senyuman.......

    sesungguhnya inilah kehidupan keabadian yang akan kita bawa sehingga ke alam yang kekal dan yang sebenar....


Monday, August 10, 2009

PESAN ABAH


abah pesan kan...
kalau nak ikutkan hati manusia kan...
memang ruang antara dunia dan langit ni xkan cukup...
untuk memuaskan hati orang yang tak reti nak puas...
senyum....

abah pesan...
senyum tu kan memang penawar terbaik untuk hati yang berdarah...
abah pesan gak kan...
jangan terlalu ikutkan hati...
kita yang kawal hati...
bukan hati yang kawal kita...

dan abah pun pesan...
kalau kita tak nak orang marah kita...
kita letak diri kita di tempat dia...
kalau apa yang dia buat kita tak suka...
janganlah buat...
dan sebaliknya...

dan abah pesan...
mengalah sejuta kali lebih baik dari marah...

aku dan hidupku

My Photo
ina
kota kinabalu, sabah, Malaysia
aku seorang anak kepada kedua orang tuaku.. seorang kakak kepada seorang adik dan seorang pelajar yang punya cita-cita untuk dikejar...
View my complete profile