topbella

Sunday, January 23, 2011

...JATUH CINTA LAGI???!!!...


dulukan, aku pernah jadi macam kartun kat atas ni.. sedey sedey... pastu nangis-nangis... waktu tu aku form 5.. hahaha.. org nak SPM, sibuk study2... aku pla sibuk nangis2... nasib tem 2 masih lagi awal tahun... truk aku waktu tu... nak seminggu juga la aku nangis mcm org kematian laki...hahaha (mcm tau ja cmna prasaan org mati laki) lau x caya, blh tnya aunty aku or my fren suraya..=D
aku ingt lagi, aku nangis mcm mna... truk sgt2... mata lebam2.. pastu pagi kena balik asrama.. my aunt org pertama tau aku break ngan c K.... waktu gtau aunty aku *asbahna, rasa mcm mau nangis lagi.. tp x nak la.. malu seh... hehehe... tp kan truk2 aku nangis pun x dalah smpai lari2 masuk bilik mandi pasang air shower kuat2 then nangis atau tunggu hjan trun n dduk kat bwah hjan dan nangis sepuasnya..=D aku nangis amik bantal n tekup kat muka.. nak meraung pun xda orang yang nak dengar...hahaha..
orang PUTUS CINTA ni kan besanya nak ttup trus ja pintu hatu dorg.. yalah, org kata tu cinta pertama dorg..=D yalah, aku akui juga putus cinta tu sgt,sgt,sgt,sgt,sgt sakit.... sbb tu org kata cinta tu ada pahit manisnya... huhuhu...masa aku putus dulu, aku rasa mcm dunia kosong trus..hahaha (melapau la juga) kenapa??? sebabb sakit weh nak lupakan seseorang tu... walaupun aku ma dia x lama... kejap ja... setahun lbh..=D tp sakit mna pun yg aku rasa, aku puas.. bab dia nangis juga kami break..hahahaha, lucukan..
lau mcm dlm gmbr 2, dia smpai kuarkan g hti dia.. dia kata dia nak g hati dia 2... tp aku tak... aku nak hati aku lagi.. sbab aku percaya, pasti ada org yang akan mengubati luka lama... (buekk...jiwang)
ohooooooo...jauh aku melalut sal ptus cinta ni.. sbnrnya xda kaitan langsung pun nga tjuk entry... senanrnya aku nak ckap or senarnya nak korg gtau kat aku... aku ni jatuh cinta lagi ka??? lau bca entry sblm ni, msti da tau aku bru break...hehehe... (gembirakah????)

erm... cmna nak mula ya.. aku ada kenal srang mamat ni.. disebabkan kecanggihan teknologi aku boleh kenal dengan dia... aku rasa aku xda feeling ngan dia... mamt tu??? aku x tau.. after
sbulan lebih kenal, dia ajak kapel...huhuhu.. berdebar juga la.. yalah, before this dia cuma anggap aku cam adik dia n aku anggap dia cam abg aku.. memandangkan usia dia yang layak untuk aku panggil 'ABANG'...


SIAPA DIA???
kriteria dia..huhu.. dia seorang cikgu.. orang semenanjung n ngajar kat area sabah ni juga.. ok ke??? hahahah... ok la kot.. bab mak pun kata ok ja..=D umur??? biarlah rahsia... hahaha
aish, melalut lagi... satu hari tu aku sedar yg aku ni xda feeling kat dia... huhuhu..silapkah aku??? yalah, empty bha didalam.. cam da xda feeling lgi... bukan aku kunci hati or ttup tu hati, cuma aku mungkin xda mood nak kapel..wakakaka..


nampak x apa ayat kat dlm gmbr tu??? kat gmbr tu ada tulis...
" I THINK I AM DIFINITELY IN LOVE WITH YOU BUT I'M NOT SURE"
napa aku amik gambar tu?? bab aku rasa aku begitu.. cuma aku x dalah in love dengan dia lagi... tgk kat ayat yang aku hghlight ngan warna merah tu... senarnya itu yang aku nak fokus.. huhuhu.. SAYA BELUM YAKIN.. aku ada juga tanya dia, tapi dia kata amik masa... banyak masa lagi nak belajar.. huhuh
**amal, ko rasa ko yakin ka???huhuhu...
tu saja masalahnya.. aku x yakin.. mungkin sebab kisah2 sebelum ni... buat aku jadi lebih takut... lau baca kat blog kawan2, ramai yang kata buat SOLAT ISTIKHARAH dlu... mnta tlong dengan Allah... =( so, da buat aku kena yakin la... insya Allah...
dan kepada si dia, minta maaf ya kalau aku ni x seperti yang dia harapkan... masih budak2 lagi bha aku ni.. umur ja nak msuk 22, tapi perangai masih g budak2.. malu2...=D

















Saturday, January 22, 2011

... MY AUNT...

(my aunt)

KALI NI ENTRY SPECIAL TUK MY AUNT..
(maaf ya asbahna... x mnta izin dlu) =D
her name is NORLIZAH ABD HALIM... hehehe.. aku lagi biasa panggil dia asbahna or aunt ja la skang... tem kat asrama dlu aku slalu panggil dia asbahna...=D kenapa??? aku pun da x ingat kenapa aku panggil dia asbahna... and u guys nak tau, dia panggil aku ngan gelaran AMSAINA... which is dalam bhasa ARAB bemaksud petang..=D and her nick name bermaksud PAGI... pagi and petang..=D comelkan.. x terancang pun.. mungkin dia tau kenapa kami saling memanggil begitu...
kami mula bertemu waktu pendaftaran tingkatan 1 kat SM Sains Labuan... waktu tu baru aku tau dia ni ada hubungan keluarga ngan aku.. n pangkat dia makcik..=D tp dia x nak aku panggil dia makcik, sbb dia ckap trasa mcam TUA pula..hehehe dan aku sebagai anak buahnya hanya menurut perintah..=D masa kami tingkatan 1, kami sekelas... dan jadi antara 4 orang yang paling rapat.. ingat ka aunt??? (aku, asbahna, oshn ngan peng) semuanya orang sabah.. hahaha.. (tem tu x tau nak variasikan kawan lagi..) dan bilik kami kat asrama pun berdepan... hahahaha.. antara rutin kami lepas prep ialah berlumba nak matikan suis lampu bilik... 5 minit sebelum jam 11 da standby kat dpan suis bilik... pastu jenguk2 kat bilik depan..hahahaha.. kalau kalah masing2 saling mengejek..hehehe
lucu juga bila ingatkan balik...=D bila da naik tingkatan 2 dan 3 kami da x sekelas lagi... dia jadi budak pandai dari aku.. aku duk bawah kelas dari dia.. jadi kami x rapat sangat lagi.. da naik form 4, msih lagi kami x sekelas.. dia duk kat kelas cendekiawan..=D aku kat pendeta.. waktu tu aku kurang rapat ngan dia sebab waktu tu aku kapel ngan sorang budak tingkatan 5.. aku agak terk*******...=D x boleh nak bergaul sgt ngan kwan2 aku..huhu.. maaf ya sai.. lau aku ingt balik aku sedih sgt2...=D mula dari tingkatan 4 aku da berkonflik ngan aunt..=D sedey kan aunt..
masuk tingkatan 5, kami kembali bersama dduk sekelas...=D dia duk ngan ernie, dan aku dduk ngan tati...=D masa aku tingkatan 5, kisah yang aku paling x blh lupakan ialah aku jdi punca hp aunty aku ni kena rampas ngan cikgu MURNIZA...(warden kami) hehehe... sebelum tu, hp aku da kena rampas da.. jadi aku pinjam la hp dari kazen aku.. x pasal2 blh kedapatan ngan warden... huhu...aku tau aunty aku marah ngan aku..=D macam dia tulis kat blog dia.. kat luar dia nmpak cool, tp kat dalam da kacau bilau..=D huhu...sori aunt...
habis ja SPM, kami sama2 masuk matrikulasi.. dia amik kos sns fizikal dan aku amik kos sns bio... pisah lagi... tpi yang baiknya, kami sma2 kat blok asrama yg sama.. cma dia kat aras 1, aku kat grnd flr ja...=D kebaikkannya, bla aku ada prob ngan room8 aku, aku pegi bilik aunty aku ngadu2...=D last2 aku tdo kat bilik dia... lau x pegi bilik aunty aku, aku pegi bilik kuliah-mate aku AINUR... pagi besoknya baru aku balik bilik=D
tamat ja matriks, kami masing2 bawa haluan.. skang ASBAHNA aku study kat IPG Kampus Tawau dan aku kat IPG Kampus Keningau... walaupun jauh, kami masih lagi berhubung...=D dan yang bestnya kami skang sama2 buat HERBALIFE.. walaupun bukan macam INA PETER & RAHMAH RAZAK...=D
p/s: maaf aunt, aku x minta kebenaran dari ko dlu nak crta sal ko kat blog aku...=D n gambar ko pun aku men ambil2 ja kat album facebook..hehehehe
dan lagi 1 sblm aku tamatkan entry ni, aku doakan hbungan ko ngan MR RIGHT ko 2 bkekalan.. akhirnya ada juga llaki yg berjaya mengetuk dan bertakhta di hati ko kan=D kalau khwin, jgn lupa jemput2 org d kuala penyu.. aku sedia trun padang jdi tukang masak ka, cci piring ka...=D lau jadi ko pnya pengapit pun boleh.. bab aku x cntik cam dorg najlaa...=D (aku bolehkan....???)

Sunday, January 16, 2011

...DUNIA MEREKA, DUNIAKU??...

LEONARDO DA VINCI


ALBERT EINSTEIN


bismillah...

petang dingin membuatku teringatkan keinginan aku menulis tentang dunia mereka.. entah kenapa hati ini terusik dengan kehidupan mereka yang unik... setelah membaca kisah kehidupan mereka, aku merasa bangga kerana kelemahan yang mereka alami tidak mengganggu mereka untuk mengenali cabaran kehidupan yang sebenar..=D (napa cam sedey ja intro aku ni???)

dulu aku ada seorang adik yang menghidap penyakit SINDROM DOWN (SD).. seronok ada adik yang begini... kasih sayang mereka cukup tinggi.. aku bangga aku ada adik begini..=D (air mata da bergenang...huhu) tapi kesempatan untuk kami bersama tak lama... Allah lebih menyayanginya... kami redha dengan pemergiannya..(al-Fatihah)

ok, sebenarnya aku nak cerita tentang masalah pembelajaran DISLEKSIA... sebenarnya seronok bila kita belajar tentang pemulihan... walaupun tidak mendalam seperti budak2 yang ambil kos major PENDIDIKAN KHAS, tapi aku bersyukur kerana aku juga berpeluang untuk mengetahui kehidupan anak-anak ISTIMEWA ini...

aku bukan mereka yang menghidap masalah DISLEKSIA... aku sendiri tidak pernah bertemu dengan mereka.. mungkin pernah..cuma aku sendiri tidak sedar.. tau sajalah, zaman kanak2 kita kalau bertemu dengan golongan ini, kita mesti kata dorang ni bodoh, tak pandai... sebenarnya mereka bukanlah seperti apa yang kita jangkakan...

anak-anak yang menghidap disleksia mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran berbahasa.. jadi bila kita cakap tentang kemahiran berbahasa, otak kita terus saja tertumpu kepada kemahiran mengeja, membaca dan menulis... (ciankan mereka) oleh itu, guru-guru yang mengajar mereka pun akan pening kerana....



tengok saja tulisannya... kesiankan..


sapa yang tak pening baca... huruf-huruf semua terbalik.. sakit juga cikgu mengajar bila fikir2 balik..=D tapi, untuk memulihkan mereka, semua pihak kena terlibat... bukan salah mereka.. dan aku yakin jika diberi pilihan, mereka juga xnak kehidupan dorang begitu.. (betul x??)

kalau ikutkan pendapat tokoh-tokoh, punca disleksia ni ada banyak... tapi yang lebih kukuh dan menarik aku rasa ialah terdapat sesuatu yang tidak normal dalam otak mereka.. kita kan ada otak dan otak kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kira dan otak kanan.. setiap bahagian mempunyai fungsi tersendiri.. kanak-kanak merupakan individu yang cepat belajar dan menerima sesuatu... tapi berbeza bagi kanak-kanak yang menghidap disleksia.. mereka tidak dapat menerima dan memproses maklumat yang mereka pelajari.. dan menurut CIKGU AGUS (guru pemulihan aku-ajar subjek pendidikan disleksia) sistem impuls yang bergerak ke otak kiri dan kanan juga tidak sama.. ini menyebabkan mereka tidak mempunyai otak yang dominan.. (pelikkan...aku jadi bingung sekejap nak memahamkan) faham ka x??? xkan..agak bingung kot.. ok, sebenarnya setiap manusia ini ada bahagian otak yang dominan masing-masing... ada yang lebih kepada otak belah kiri dan ada yang lebih kepada otak belah kanan..(yang ni rasanya mudah sikit nak faham)=D

nak kenal kanak-kanak disleksia ni x susah... salah satu cara nak kenalpasti mereka adalah melalui tulisan..=D simptom2 lain...

  1. keliru menggabungkan huruf

  2. mengalami kesukaran sebutan atau rima

  3. lambat bertutur

  4. silap dalam membaca nombor atau huruf

  5. kurang koordinasi

namun, jangan terkejut.. walaupun mereka mempunyai kekurangan tetapi mereka juga boleh berjaya malah lebih daripada mereka yang normal... ingat tak gambar mula-mula aku letak...(ala,kat atas tu la) mereka merupakan individu yang pernah menghidap disleksia.. HEBATKAN MEREKA... leonardo da vinci terkenal dalam SENI LUKISNYA yang indah... albert einstein???? sapa yang tak kenal dengan beliau... ILMUAN TERHEBAT..

hebatkan..hebatkan..=D sebenarnya, setiap individu itu memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing.. kita dikurniakan dengan pelbagai bakat dan keistimewaan... mungkin kita tidak cantik, tapi kita pandai... mungkin juga kita tidak berharta, tapi kita punya budi bahasa yang indah.. dan mulai saat ini, aku ingin menyelam masuk ke dalam kehidupan mereka yang bergelar INSAN ISTIMEWA.. (bukan masuk dalam air k) aku ingin merasai dan mengenali mereka ini.. kenapa??? kerana DUNIA MEREKA JUGA DUNIAKU ...!!!






Wednesday, January 12, 2011

...TAHUN BARU AZAM BARU...

sedar tak sedar kita da berada dipertengahan bulan JANUARI tahun 2011.. da 13 hari 2010 meninggalkan kita.. semestinya banyak kenangan manis dan pahit sepanjang kita berada di tahun 2010.. mungkin ada di antara kita yang teringin nak berpatah balik ke tahun 2010 sebab tahun 2010 merupakan tahun yang BAHAGIA buat kita...



cerita tahun 2010 aku...=D aku malas nak ingat lagi... kenapa?? sebab penutup tahun 2010 banyak kisah sedih berlaku dalam hidupku.. apa2pun semua sudah berlalu... orang kata, kita tutup buku lama, n coretkan buku baru dengan cerita yang lebih menarik...

TAHUN 2011
= usia aku beranjak ke angka 22
= aku da berada di tahun 2 sem 3 kat IPG Kampus Keningau=D (2thun ja lgi nak hbs)

tahun ni usia aku akan bertambah lagi..semestinya kematangan diri pun perlu dipertingkatkan lagi kan??? hehe... macam pelik pula... ini bermakna banyak benda yang perlu aku perbaiki dalam diri.. kena rajin muhasabah diri lepas ni. selain tu, tahun ni juga aku da naik tahun 2 kat IPG Kampus Keningau... so, aku perlu sedar bahawa subjek sem ni semakin bertambah dan berat..=(

sebenarnya, bila aku cakap or fikir sal blajar, aku paling tak suka bab assignment... leceh sangat.. nak cari info la, nak buat esei la.. aish..memeningkan otak.. tapi, pakcik n makcik aku slalu ckap, lau xda assignment x berertilah kehidupan budak2 IPTA / IPTS.. bila fikir balik, betul juga... kita x kan lari daripada 3 benda ni....
KULIAH
TUTORIAL (PEMBENTANGAN)
ASSIGNMENTS
done dengan kuliah n usia...!!!
tahun 2011 ni juga aku tanam azam nak capai SUPERVISOR dalam herbalife... aku rasa aku lembab sangat dalam bisnes ni... da lebih stgh thun aku jadi member... so, aku target dlm bulan FEBUARI aku kena qualify KONSULTAN KANAN..=D x palah, kita gerak perlahan2..insya Allah akan sampai juga SUPERVISOR...hehehe
dan yang terakhir.. nak ckap sal 'new life with a new relationship'... dis year, aku nak perbaiki diri.. belajar tuk menghargai orang..hehehe... bukan bermaksud sebelum ni aku x reti nak hargai orang.. cuma mungkin kurang sikit dari segi itu..=D hehehe..kenapa aku nak perbaiki??? biarlah jadi RAHSIA aku...=D







aku dan hidupku

My Photo
ina
kota kinabalu, sabah, Malaysia
aku seorang anak kepada kedua orang tuaku.. seorang kakak kepada seorang adik dan seorang pelajar yang punya cita-cita untuk dikejar...
View my complete profile