setiap tahun pasti ada sahaja insan2 yang menanti hari kerayaan mereka... hari ibu, hari bapa, hari kekasih, hari jururawat sedunia dan yang bakal tiba hari guru...
setiap insan ini bertindak dan bertugas untuk mencapai matlamat yang diinginkan oleh institusi mereka... ibubapa berkhidmat dalam membimbing anak-anak mereka, jururawat sentiasa tabah dalam menghadapi karenah para pesakitnya dan GURU????
sentiasa berbakti dengan institusinya untuk mendidik anak-anak kita iaitu PERMATA negara....
siapalah DOKTOR tanpa GURU...
tidak akan lahir seorang MENTERI tanpa jasa baik daripada GURU...
kita hari ini tidak akan lahir tanpa ehsan yang diberikan oleh insan yang bergelar GURU...
oleh itu, pengorbanan yang mereka pamerkan ini perlu dihargai dan dirayai...
walaupun bukan itu yang mereka inginkan....
jika dinilai dan difikir kembali, jasa guru ini tidak dapat digambarkan kemuliaannya dengan apa sekalipun...
guru rela membanting tenaga, mengorbankan masa dan wang ringgit untuk kejayaan anak-anak...
bila aku kenang kembali zaman sekolahku, aku terbayang setiap gerak langkah dan tutur bicara guru-guruku...
hehehehe
rasa da terlalu lama meninggalkan alam persekolahan...
mereka banyak mengajarku erti perjuangan tanpa rasa putus asa...
mereka mendidikku sehingga aku mampu berada ditapak ini hari ini...
dan kini, aku juga bakal memegang gelaran mereka...
aku juga bakal bergelar seorang guru....
dan aku terfikir...
adakah aku mampu untuk menjadi sebaik guru-guruku ataupun sebaliknya...
ya Allah bimbinglah aku untuk memantapkan diri ini...
aku tahu, perjuangan seorang guru ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan...
kerana itu...
kerjaya guru adalah kerjaya yang MULIA...
SELAMAT HARI GURU SEMUA...
0 comments:
Post a Comment