topbella

Sunday, January 16, 2011

...DUNIA MEREKA, DUNIAKU??...

LEONARDO DA VINCI


ALBERT EINSTEIN


bismillah...

petang dingin membuatku teringatkan keinginan aku menulis tentang dunia mereka.. entah kenapa hati ini terusik dengan kehidupan mereka yang unik... setelah membaca kisah kehidupan mereka, aku merasa bangga kerana kelemahan yang mereka alami tidak mengganggu mereka untuk mengenali cabaran kehidupan yang sebenar..=D (napa cam sedey ja intro aku ni???)

dulu aku ada seorang adik yang menghidap penyakit SINDROM DOWN (SD).. seronok ada adik yang begini... kasih sayang mereka cukup tinggi.. aku bangga aku ada adik begini..=D (air mata da bergenang...huhu) tapi kesempatan untuk kami bersama tak lama... Allah lebih menyayanginya... kami redha dengan pemergiannya..(al-Fatihah)

ok, sebenarnya aku nak cerita tentang masalah pembelajaran DISLEKSIA... sebenarnya seronok bila kita belajar tentang pemulihan... walaupun tidak mendalam seperti budak2 yang ambil kos major PENDIDIKAN KHAS, tapi aku bersyukur kerana aku juga berpeluang untuk mengetahui kehidupan anak-anak ISTIMEWA ini...

aku bukan mereka yang menghidap masalah DISLEKSIA... aku sendiri tidak pernah bertemu dengan mereka.. mungkin pernah..cuma aku sendiri tidak sedar.. tau sajalah, zaman kanak2 kita kalau bertemu dengan golongan ini, kita mesti kata dorang ni bodoh, tak pandai... sebenarnya mereka bukanlah seperti apa yang kita jangkakan...

anak-anak yang menghidap disleksia mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran berbahasa.. jadi bila kita cakap tentang kemahiran berbahasa, otak kita terus saja tertumpu kepada kemahiran mengeja, membaca dan menulis... (ciankan mereka) oleh itu, guru-guru yang mengajar mereka pun akan pening kerana....



tengok saja tulisannya... kesiankan..


sapa yang tak pening baca... huruf-huruf semua terbalik.. sakit juga cikgu mengajar bila fikir2 balik..=D tapi, untuk memulihkan mereka, semua pihak kena terlibat... bukan salah mereka.. dan aku yakin jika diberi pilihan, mereka juga xnak kehidupan dorang begitu.. (betul x??)

kalau ikutkan pendapat tokoh-tokoh, punca disleksia ni ada banyak... tapi yang lebih kukuh dan menarik aku rasa ialah terdapat sesuatu yang tidak normal dalam otak mereka.. kita kan ada otak dan otak kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kira dan otak kanan.. setiap bahagian mempunyai fungsi tersendiri.. kanak-kanak merupakan individu yang cepat belajar dan menerima sesuatu... tapi berbeza bagi kanak-kanak yang menghidap disleksia.. mereka tidak dapat menerima dan memproses maklumat yang mereka pelajari.. dan menurut CIKGU AGUS (guru pemulihan aku-ajar subjek pendidikan disleksia) sistem impuls yang bergerak ke otak kiri dan kanan juga tidak sama.. ini menyebabkan mereka tidak mempunyai otak yang dominan.. (pelikkan...aku jadi bingung sekejap nak memahamkan) faham ka x??? xkan..agak bingung kot.. ok, sebenarnya setiap manusia ini ada bahagian otak yang dominan masing-masing... ada yang lebih kepada otak belah kiri dan ada yang lebih kepada otak belah kanan..(yang ni rasanya mudah sikit nak faham)=D

nak kenal kanak-kanak disleksia ni x susah... salah satu cara nak kenalpasti mereka adalah melalui tulisan..=D simptom2 lain...

  1. keliru menggabungkan huruf

  2. mengalami kesukaran sebutan atau rima

  3. lambat bertutur

  4. silap dalam membaca nombor atau huruf

  5. kurang koordinasi

namun, jangan terkejut.. walaupun mereka mempunyai kekurangan tetapi mereka juga boleh berjaya malah lebih daripada mereka yang normal... ingat tak gambar mula-mula aku letak...(ala,kat atas tu la) mereka merupakan individu yang pernah menghidap disleksia.. HEBATKAN MEREKA... leonardo da vinci terkenal dalam SENI LUKISNYA yang indah... albert einstein???? sapa yang tak kenal dengan beliau... ILMUAN TERHEBAT..

hebatkan..hebatkan..=D sebenarnya, setiap individu itu memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing.. kita dikurniakan dengan pelbagai bakat dan keistimewaan... mungkin kita tidak cantik, tapi kita pandai... mungkin juga kita tidak berharta, tapi kita punya budi bahasa yang indah.. dan mulai saat ini, aku ingin menyelam masuk ke dalam kehidupan mereka yang bergelar INSAN ISTIMEWA.. (bukan masuk dalam air k) aku ingin merasai dan mengenali mereka ini.. kenapa??? kerana DUNIA MEREKA JUGA DUNIAKU ...!!!






0 comments:

Post a Comment

aku dan hidupku

My Photo
ina
kota kinabalu, sabah, Malaysia
aku seorang anak kepada kedua orang tuaku.. seorang kakak kepada seorang adik dan seorang pelajar yang punya cita-cita untuk dikejar...
View my complete profile