topbella

Sunday, April 17, 2011

...AWAK SAYANG SAYA TAK??...

pada suatu hari...

saya: mamak, berapa semua?

mamak: 4 ringgit 10 sen

saya: nah, 4 ringgit dan 2 biji gula-gula hacks

mamak: ayyo, mana boleh ini macam. mana ada orang bayar pakai gula-gula.

saya: habis semalam lu bagi balance 10 sen kat gua pakai gula-gula hacks, boleh pula.

saya blah... mamak tu pening kepala.

agak2 jika anda adalah mamak berkenaan dan situasi tersebut benar-benar berlaku terhadap anda, apa kemungkinan reaksi anda?

senarnya, cita ni xda kaitan pun dengan yang diatas.. mungkin si penulis saja ingin membuat para pembaca membuka minda sedikit...=D


~ YOU KNOW YOURSELF BETTER THAN OTHERS


pernah x dengar org kata "what u give, u get back". jika kita pernah menyakiti hati insan lain, jangan pula apabila suatu hari nanti, bila kita pula disakiti kita melenting, mengamuk dan marah-marah. seeloknya, apa yang terbaik harus kita lakukan adalah periksa diri sendiri, muhasabah diri dan imbas kembali, adakah mungkin dalam diri kita atau pada masa yang sudah, kita ada melakukan kesilapan sama ada kita sengaja ataupun tidak.


tambahan pula, Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. kiri kanan kita sentiasa ada dua malaikat yang setia mencatit dan di dalam akhirat kelak syurga dan pahala sedang menanti kita. mahu ke neraka atau ke syurga? tepuk dada, tanya iman.


~ SEMUA ORANG MAHU DIHORMATI DAN DIHARGAI


jika kita mahu dihormati dan dihargai, maka kita terebih dahulu hendaklah menghormati dan menghargai insan lain. begitu juga dengan keikhlasan, jika kita mahu sahabat kita ikhlas dengan kita, apa yang perlu kita lakukan adalah ikhlaskan diri kita terlebih dahulu.


ikhlas dalam bersahabat, ikhlas dalam bantu membantu, ikhlas dalam memberi dan ikhlas dalam mendengar dan meminjamkan bahu


~SAHABAT DATANG DAN PERGI


sahabat sejati tetap kekal sentiasa di hati. berjauhan tidak semestinya tidak diingati. tidak berhubung bertanya khabar tak bermakna dilupai, ada dalam tiada. tidak nampak tapi dapat merasa ketulusan seorang sahabat.


saya tidak takut sekiranya sahabat saya tidak menghubungi saya. kerana saya tahu saya adalah seorang sahabat yang tidak mudah untuk dilupai kerana saya bukanlah sahabat yang mudah melupai. indahnya ukhuwah kerana Allah,bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah. Insya Allah semoga perasaan ini akan sentiasa kekal dan berpanjangan.


oleh itu,


saya sangat menghargai dan menyayangi semuanya. jika saya ada melakukan kesilapan, mohon diperbetulkan. jika saya tersilap langkah, mohon ditunjukkan arah yang betul. kerana saya juga hanyalah insan biasa.


SAYA SAYANG SEMUA SAHABAT SAYA...


0 comments:

Post a Comment

aku dan hidupku

My Photo
ina
kota kinabalu, sabah, Malaysia
aku seorang anak kepada kedua orang tuaku.. seorang kakak kepada seorang adik dan seorang pelajar yang punya cita-cita untuk dikejar...
View my complete profile