topbella

Sunday, January 16, 2011

...DUNIA MEREKA, DUNIAKU??...

LEONARDO DA VINCI


ALBERT EINSTEIN


bismillah...

petang dingin membuatku teringatkan keinginan aku menulis tentang dunia mereka.. entah kenapa hati ini terusik dengan kehidupan mereka yang unik... setelah membaca kisah kehidupan mereka, aku merasa bangga kerana kelemahan yang mereka alami tidak mengganggu mereka untuk mengenali cabaran kehidupan yang sebenar..=D (napa cam sedey ja intro aku ni???)

dulu aku ada seorang adik yang menghidap penyakit SINDROM DOWN (SD).. seronok ada adik yang begini... kasih sayang mereka cukup tinggi.. aku bangga aku ada adik begini..=D (air mata da bergenang...huhu) tapi kesempatan untuk kami bersama tak lama... Allah lebih menyayanginya... kami redha dengan pemergiannya..(al-Fatihah)

ok, sebenarnya aku nak cerita tentang masalah pembelajaran DISLEKSIA... sebenarnya seronok bila kita belajar tentang pemulihan... walaupun tidak mendalam seperti budak2 yang ambil kos major PENDIDIKAN KHAS, tapi aku bersyukur kerana aku juga berpeluang untuk mengetahui kehidupan anak-anak ISTIMEWA ini...

aku bukan mereka yang menghidap masalah DISLEKSIA... aku sendiri tidak pernah bertemu dengan mereka.. mungkin pernah..cuma aku sendiri tidak sedar.. tau sajalah, zaman kanak2 kita kalau bertemu dengan golongan ini, kita mesti kata dorang ni bodoh, tak pandai... sebenarnya mereka bukanlah seperti apa yang kita jangkakan...

anak-anak yang menghidap disleksia mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran berbahasa.. jadi bila kita cakap tentang kemahiran berbahasa, otak kita terus saja tertumpu kepada kemahiran mengeja, membaca dan menulis... (ciankan mereka) oleh itu, guru-guru yang mengajar mereka pun akan pening kerana....



tengok saja tulisannya... kesiankan..


sapa yang tak pening baca... huruf-huruf semua terbalik.. sakit juga cikgu mengajar bila fikir2 balik..=D tapi, untuk memulihkan mereka, semua pihak kena terlibat... bukan salah mereka.. dan aku yakin jika diberi pilihan, mereka juga xnak kehidupan dorang begitu.. (betul x??)

kalau ikutkan pendapat tokoh-tokoh, punca disleksia ni ada banyak... tapi yang lebih kukuh dan menarik aku rasa ialah terdapat sesuatu yang tidak normal dalam otak mereka.. kita kan ada otak dan otak kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kira dan otak kanan.. setiap bahagian mempunyai fungsi tersendiri.. kanak-kanak merupakan individu yang cepat belajar dan menerima sesuatu... tapi berbeza bagi kanak-kanak yang menghidap disleksia.. mereka tidak dapat menerima dan memproses maklumat yang mereka pelajari.. dan menurut CIKGU AGUS (guru pemulihan aku-ajar subjek pendidikan disleksia) sistem impuls yang bergerak ke otak kiri dan kanan juga tidak sama.. ini menyebabkan mereka tidak mempunyai otak yang dominan.. (pelikkan...aku jadi bingung sekejap nak memahamkan) faham ka x??? xkan..agak bingung kot.. ok, sebenarnya setiap manusia ini ada bahagian otak yang dominan masing-masing... ada yang lebih kepada otak belah kiri dan ada yang lebih kepada otak belah kanan..(yang ni rasanya mudah sikit nak faham)=D

nak kenal kanak-kanak disleksia ni x susah... salah satu cara nak kenalpasti mereka adalah melalui tulisan..=D simptom2 lain...

  1. keliru menggabungkan huruf

  2. mengalami kesukaran sebutan atau rima

  3. lambat bertutur

  4. silap dalam membaca nombor atau huruf

  5. kurang koordinasi

namun, jangan terkejut.. walaupun mereka mempunyai kekurangan tetapi mereka juga boleh berjaya malah lebih daripada mereka yang normal... ingat tak gambar mula-mula aku letak...(ala,kat atas tu la) mereka merupakan individu yang pernah menghidap disleksia.. HEBATKAN MEREKA... leonardo da vinci terkenal dalam SENI LUKISNYA yang indah... albert einstein???? sapa yang tak kenal dengan beliau... ILMUAN TERHEBAT..

hebatkan..hebatkan..=D sebenarnya, setiap individu itu memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing.. kita dikurniakan dengan pelbagai bakat dan keistimewaan... mungkin kita tidak cantik, tapi kita pandai... mungkin juga kita tidak berharta, tapi kita punya budi bahasa yang indah.. dan mulai saat ini, aku ingin menyelam masuk ke dalam kehidupan mereka yang bergelar INSAN ISTIMEWA.. (bukan masuk dalam air k) aku ingin merasai dan mengenali mereka ini.. kenapa??? kerana DUNIA MEREKA JUGA DUNIAKU ...!!!






Wednesday, January 12, 2011

...TAHUN BARU AZAM BARU...

sedar tak sedar kita da berada dipertengahan bulan JANUARI tahun 2011.. da 13 hari 2010 meninggalkan kita.. semestinya banyak kenangan manis dan pahit sepanjang kita berada di tahun 2010.. mungkin ada di antara kita yang teringin nak berpatah balik ke tahun 2010 sebab tahun 2010 merupakan tahun yang BAHAGIA buat kita...



cerita tahun 2010 aku...=D aku malas nak ingat lagi... kenapa?? sebab penutup tahun 2010 banyak kisah sedih berlaku dalam hidupku.. apa2pun semua sudah berlalu... orang kata, kita tutup buku lama, n coretkan buku baru dengan cerita yang lebih menarik...

TAHUN 2011
= usia aku beranjak ke angka 22
= aku da berada di tahun 2 sem 3 kat IPG Kampus Keningau=D (2thun ja lgi nak hbs)

tahun ni usia aku akan bertambah lagi..semestinya kematangan diri pun perlu dipertingkatkan lagi kan??? hehe... macam pelik pula... ini bermakna banyak benda yang perlu aku perbaiki dalam diri.. kena rajin muhasabah diri lepas ni. selain tu, tahun ni juga aku da naik tahun 2 kat IPG Kampus Keningau... so, aku perlu sedar bahawa subjek sem ni semakin bertambah dan berat..=(

sebenarnya, bila aku cakap or fikir sal blajar, aku paling tak suka bab assignment... leceh sangat.. nak cari info la, nak buat esei la.. aish..memeningkan otak.. tapi, pakcik n makcik aku slalu ckap, lau xda assignment x berertilah kehidupan budak2 IPTA / IPTS.. bila fikir balik, betul juga... kita x kan lari daripada 3 benda ni....
KULIAH
TUTORIAL (PEMBENTANGAN)
ASSIGNMENTS
done dengan kuliah n usia...!!!
tahun 2011 ni juga aku tanam azam nak capai SUPERVISOR dalam herbalife... aku rasa aku lembab sangat dalam bisnes ni... da lebih stgh thun aku jadi member... so, aku target dlm bulan FEBUARI aku kena qualify KONSULTAN KANAN..=D x palah, kita gerak perlahan2..insya Allah akan sampai juga SUPERVISOR...hehehe
dan yang terakhir.. nak ckap sal 'new life with a new relationship'... dis year, aku nak perbaiki diri.. belajar tuk menghargai orang..hehehe... bukan bermaksud sebelum ni aku x reti nak hargai orang.. cuma mungkin kurang sikit dari segi itu..=D hehehe..kenapa aku nak perbaiki??? biarlah jadi RAHSIA aku...=D







Saturday, November 13, 2010

...CERITA AYANG VS ABANG...


memula skali ayang anto kat abang?


Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?


Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu..cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?


Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah


Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..


Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..


Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.


Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak


Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??


Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..


ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


Love,

ayang


ni abang lak bagi....


Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..


Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..


Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..


Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..


Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..


Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha

...KETUA PENGARAH PELAJARAN...

legasi pendidikan kini bertukar pemimpinnya...
pada 7 November yang lepas, timbalan menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemimpin baru yang bakal menggantikan kerusi Tan Sri Alimuddin sebagai KPP Malaysia... dari Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom kepada Datuk Abd. Ghafar Mahmud...
kat bawah ni adalah ketua pengarah pelajaran kita yang baru...
sebagai bakal pendidik, kita harus tahu semua individu atasan yang berkaitan dengan DUNIA PENDIDIKAN..=)

...AKU DAN HERBALIFE...

sedar tak sedar aku da nak masuk enam bulan bersama dengan keluarga HERBALIFE... satu tempoh masa yang agak lama... dan dari hari ke hari, aku makin banyak belajar erti perjuangan dalam HERBALIFE... berjuang untuk membawa orang menjadi SIHAT...ya, itu misi kami dalam HERBALIFE...
gambar kat bawah ni adalah salah satu customer aku... dialah pelanggan pertama... sejak mula minum, dia sangat komitmen dengan misinya.. aku sangat gembira...=) tak sampai 1 blan dia da lost 13 kg... wowww...aku sendiri tak menjangkakan keputusannya sangat mengagumkan... saya bangga dengan kamu...=)

itu kisahnya... aku??? aku da minum sejak 6 bulan yang lalu.. banyak juga perubahan yang ku rasai... aku adalah individu yang mengalami masalah kulit... selepas 1 minggu aku minum,
aku nmpak perubahan yang nyata... masalah kulit yang aku alami semakin berkurang... dan bekasnya mula hilang...
masa mula2 ambil, xda misi pun nak kuruskan badan... mula puasa, ina ajar aku cmna nak ambil HERBALIFE waktu puasa... aku dengan tekun ikut all the rules... hehehe... finally, aku lost 5 kg...=) hepi juga la... betapa hebatnya HERBALIFE tanpa memberi apa2 kesan sampngan...
now,
aku da jumpa KELUARGA HERBALIFE baru kat keningau... aku jumpa SHIRLEY...=) sangat best berada dalam NUTRITION CLUB mereka.... rasa macam tak nak tinggalkan ja tempat tu... nak minum shake banyak2, aloe + tea sampai puas.. ^bolehkah???^
tahun depan, aku da ada tempat nak lepak kalau hujung2 minggu... lepak kat kedai SHIRLEY n tolong orang tuk jadi sihat..=)
H- Health & Happiness
E- Energy
R- Reliable
B- Basics
A- Actions
L- Love
I- Income
F- Famous
E- Everyone
its all about HERBALIFE... mula la ambil dari sekarang... anda akan merasai perubahannya...=) jika kita fikir ambil HERBALIFE terlalu mahal untuk jadi sihat, saya cabar anda untuk jadi sakit... (betul ka x ayat aku ni) ~~~ aish, kena masuk kelas pemulihan ni..=)
anyway, I LOVE HERBALIFE....

...SEKADAR MELALUT...

lama da rasanya x membebel kat ko kan en blog... aku malas sangat nak tulis entry..aish... tersangat2 la malas...=)
kali ni aku terbuka hati pula nak melawat engkau...hehehe, macam hambar ja aku tengok kau tanpa kekasih2 baru..(blhkah begitu??)
hari ni aku nak gtau ko sal kisah aku kelmarin... kelmarin aku kuar ke pekan keningau ngan kawan-kawan... pas mkan kitaorang g jlan2 area SERVAY...=)
sementara kawan2 lain pegi round2 servay,
aku ngan nana pla pegi nutrition club herbalife kat keningau ni nak tengok2... otw ke sana, tiba2 aku perasan yg dompet aku xda... huh...!!!
terasa jantung aku x berdegup sekejap..(hiperbolanya-sambil senyum2)
tp buat2 cool jalah dan berdoa dompet aku tertinggal kat dalam kereta... setibanya kat kereta, aku dapati dompet xda... ok... aku kena terima kenyataan yang dompet aku hilang...
aku dan nana ambil keputusan pergi kat KFCC tgk2 lau dompet aku tertinggal di sana... n nasib nana terfikir nak call my handphone... pertama kali call x angkat... 2nd time **tut,tut,tutt.....
* hello, sapa ni???
* kamu ada hilang barang???
* uncle dimana???
n dorg teruskan perbualan... bila dapat tahu uncle tu kat mana, kami bergegas ke tempat yang dijanjikan... sampai ja, trus jumpa ngan uncle tu... syukur Ya Allah... x hilang...
cet,,,padahal salah sendiri... cuai... kepit lagi dompet tu kat ketiak...
bila hilang, nak nangis pun x berguna...
neway, thank u uncle.... lau bukan sbb uncle yg jumpa mungkin saya da hilang HP, KAD HERBALIFE, LESEN & KAD BANK yang pelbagai..=)
terukkan aku en blog... cuai sangat... mudah2an peristiwa ni beri pegajaran kat aku...or aku kena mula belajar bawa beg bila kuar pekan..=)

Sunday, October 24, 2010

...AKU LEPASKAN DIA...


hari ini 25 OKTOBER 2010,

hari yang paling menyedihkan kepadaku..


aku terpaksa melepaskan dia bersama kunci yang diberikannya kepadaku..

semua ini SALAHKU..

kerana EGO, akhirnya memakan diri sendiri..

aku hormati apa yang dimintanya..

aku hargai apa yang diberikannya..
kini, aku kecewa..
aku sedih dengan apa yang berlaku..

semua kenangan akan tersemat dalam ingatanku..





aku dan hidupku

My Photo
ina
kota kinabalu, sabah, Malaysia
aku seorang anak kepada kedua orang tuaku.. seorang kakak kepada seorang adik dan seorang pelajar yang punya cita-cita untuk dikejar...
View my complete profile